Sejarah Perkembangan Sekolah
1954 - mendirikan 4 buah bilik darjah, sebuah dewan dan sebuah pejabat.

1970 - 2 buah bilik darjah didirikan oleh pihak kerajaan.

1976 - pihak kerajaan memberi peruntukan untuk mendirikan sebuah kantin.

1993 - Lembaga Pengurus Sekolah ini mendirikan sebuah bilik perpustakaan dan bilik alat bantuan mengajar.

1994 - Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG bersama-sama menganjurkan satu majlis makan malam dan berjaya mengutip derma untuk mendirikan sebuah bilik Kemahiran Hidup dan sebuah Makmal Sains.

1995 - mendapat peruntukan daripada pihak kerajaan untuk menyelenggarakan bilik pejabat, kantin dan tandas.

1997 - Lembaga Pengurus Sekolah ini mendirikan sebuah Makmal Komputer.

2002 - mendapat peruntukan daripada pihak Kerajaan untuk menyelenggarakan bilik pejabat guru dan kantin, dan membinakan sebuah Makmal komputer yang baru.

2009 - mendapat peruntukan daripada pihak Kerajaan untuk menyelenggarakan bilik-bilik darjah, bilik Sains, bilik kelas pemulihan, dewan dan kantin.

Pada tahun 1975, bilangan murid sekolah ini ialah 307 orang murid. Malah, selepas tahun itu, bilangan murid sekolah ini semakin merosot

Mulai tahun 2000, bilangan murid sekolah ini semakin bertambah.

No comments:

Post a Comment