Selamat Menempuh Ujian Bulan Ogos 2010


Bermula 17 Ogos 2010, murid-murid akan menempuh ujian bulanan bagi bulan Ogos 2010. Selamat menempuh ujian dan semoga semua murid dapat menjawab kertas ujian dengan jayanya serta mendapat keputusan yang cemerlang.

SELAMAT MAJU JAYA

Sejarah Perkembangan Sekolah
1954 - mendirikan 4 buah bilik darjah, sebuah dewan dan sebuah pejabat.

1970 - 2 buah bilik darjah didirikan oleh pihak kerajaan.

1976 - pihak kerajaan memberi peruntukan untuk mendirikan sebuah kantin.

1993 - Lembaga Pengurus Sekolah ini mendirikan sebuah bilik perpustakaan dan bilik alat bantuan mengajar.

1994 - Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG bersama-sama menganjurkan satu majlis makan malam dan berjaya mengutip derma untuk mendirikan sebuah bilik Kemahiran Hidup dan sebuah Makmal Sains.

1995 - mendapat peruntukan daripada pihak kerajaan untuk menyelenggarakan bilik pejabat, kantin dan tandas.

1997 - Lembaga Pengurus Sekolah ini mendirikan sebuah Makmal Komputer.

2002 - mendapat peruntukan daripada pihak Kerajaan untuk menyelenggarakan bilik pejabat guru dan kantin, dan membinakan sebuah Makmal komputer yang baru.

2009 - mendapat peruntukan daripada pihak Kerajaan untuk menyelenggarakan bilik-bilik darjah, bilik Sains, bilik kelas pemulihan, dewan dan kantin.

Pada tahun 1975, bilangan murid sekolah ini ialah 307 orang murid. Malah, selepas tahun itu, bilangan murid sekolah ini semakin merosot

Mulai tahun 2000, bilangan murid sekolah ini semakin bertambah.

Sejarah Sekolah

SJKC CHI CHI

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

  1. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1932.
  2. Penubuhan awal sekolah ini diasaskan oleh En. Liau Huan Chun, En. Wong Taham Mu, En. Siow Kui, En. Siow Swee Fo, En. Siow Han, En. Liau Yang, En. Li Lim Keow, En Low Tham, En. Liau Hui Lan dan En. Ho Kow.
  3. Sekolah ini dikembangkan pada tahun 1939. Kerja-kerja perkembangan sekolah ini tergendala kerana kedudukan Jepun pada tahun 1945.
  4. Keluasan kawasan sekolah ini lebih kurang 1 ekar dan merupakan sekolah bantuan penuh.
  5. Sekolah ini terletak di tepi jalan utama Mantin-Seremban dan berdekatan dengan Kampung Attap.